Pengasas Kami

Edward Mead Johnson, Sr.

 

founder

Edward Mead Johnson, Sr., seorang ahli perniagaan New Jersey yang berjaya telah menubuhkan Mead Johnson & Company pada tahun 1905. Pengalaman bersama saudara-saudaranya mengasaskan Johnson & Johnson menjadikan E. Mead amat berkelayakan untuk memulakan perniaagaan barunya ini.

Bahkan, ketika masih lagi berada dalam syarikat yang sama dengan saudara-saudaranya, pada tahun 1895 E. Mead dengan sendiri telah menubuhkan syarikat The American Ferment Company untuk menghasilkan produk yang boleh membantu sistem pencernaan. Dua tahun kemudian, beliau mengambil keputusan untuk berpisah dengan saudara-saudaranya untuk memberi lebih tumpuan kepada projek perniagaannya, dan menukarkannya menjadi Mead Johnson & Company pada tahun 1905.

E. Mead adalah seorang yang berwawasan. Ini juga diperakui oleh rakan-rakan dan ahli keluarganya. Apabila orang lain hanya melihat sekadar satu perkara, namun bagi E. Mead, beliau dapat melihat idea-idea baru dan potensi sesuatu perkara tersebut – dan beliau mengambil langkah untuk memastikan apa yang dibayangkan olehnya itu berlaku. E. Mead adalah seorang yang sangat tabah dan bersemangat tinggi, lagi-lagi pada saat ekonomi merudum dan keadaan yang teruk. Bekalan bahan mentahnya telah tersekat ketika Perang Dunia 1 meyebabkan E. Mead memindahkan syarikatnya dari New Jersey ke Evansville, Indiana. Di Evansville, E. Mead menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha untuk membangunkan kembali perniagaannya selama beberapa tahun.

Kejayaan E. Mead memahami kehendak pengguna dalam aspek pemakanan bayi bukan hanya datang dari gerak hati seorang ahli perniagaan, tetapi pengalamannya sebagai seorang bapa. Anak sulungnya, Ted, mempunyai masalah pemakanan yang boleh mengancam nyawa, menyebabkan E. Mead menghasilkan Dextri-Maltose®, sejenis produk karbohidrat yang mencatatkan kejayaan besar buat syarikat Mead Johnson.

Ted membesar menjadi salah seorang yang mempunyai peranan yang besar dalam unit jualan dan pasaran untuk masa depan syarikat. Anak E. Mead, Lambert dan cucunya, D.Mead meneruskan warisan E. Mead mengembangkan perniagaannya dengan lebih jauh lagi. Lambert merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat, iaitu dari tahun 1934 sehingga tahun 1955. Legasi ini diteruskan oleh anak Ted, D. Mead, yang menjadi Presiden sehingga tahun 1968.

Setelah Edward Mead Johnson, Sr. bersara dari jawatan Presiden, beliau banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang diminatinya; bermain golf, memancing di laut dalam dan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakannya. Pada tarikh 13 Mac 1934, sewaktu umurnya 81 tahun, E. Mead meninggal dunia kerana serangan jantung sewaktu menghadiri jamuan makan malam bersama keluarga dan tetamunya.

Sebagai tanda peringatan kepada E. Mead di dalam laporan tahunan syarikat Mead Johnson ditulis:
Pelopor, Pemimpin, Sahabat: Kamu akan sentiasa ada dalam kenangan kami, membimbing kami untuk memberikan yang terbaik bagi meneruskan segala usahamu. Kami, pengarah institusi ini, yang kamu asaskan dan bangunkan, dengan ini bersumpah akan sentiasa memegang tinggi idea yang telah kamu tanamkan dalam hati kami.

Selain daripada menjadi perintis dalam pemakanan sihat, tidak dinafikan kemurahan hati E. Mead kepada komuniti angkatnya Evansville sangat memberikan kesan positif kepada komuniti di sana. Sebagai contoh, E. Mead telah membeli dan mendermakan sebuah bangunan yang khusus untuk penjagaan bayi yang kurang sihat. E. Mead telah melengkapkan bangunan ini dengan fasiliti yang diperlukan, serta menderma produk makanan bayi. Lebih mengagumkan lagi, segala urusan ini dilakukan olehnya secara rahsia sehinggalah kematian beliau.

Disebabkan kebaikan dan sifat-sifat terpuji E. Mead, beliau diberi penghormatan pada tahun 1928 dengan anugerah tahunan Kelab Rotary untuk segala usaha dan sumbangannya memberikan khidmat kepada masyarakat Evansville.

Bahkan, segala sumbangan dan peranan beliau sebagai seorang usahawan yang berwawasan diberi pengiktirafan oleh Evansville Business Journal baru-baru ini pada tahun 2007. Selepas 60 tahun pemergian beliau, Edward Mead Johnson, Sr. telah dilantik menjadi sasterawan dan ikon tempatan dalam perniagaan dan industri dalam Jurnal Business Hall of Fame.

Kini, Mead Johnson telah pun berada dalam abad kedua sejak penubuhannya dalam menerajui pemakanan sihat bernutrisi ini, Mead Johnson masih lagi komited dengan nilai dan ideal yang telah ditubuhkan sejak dari mula.

Legasi E. Mead Tetap Kekal Bertahan.