Mengambil snek di antara waktu makan adalah penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Ini dapat menambah tenaga yang mereka perlukan untuk aktiviti seharian mereka. Namun, kebanyakan kanak-kanak suka makanan yang tidak berkhasiat, dan ini menyebabkan mereka terlalu kenyang untuk makanan yang lebih berkhasiat.
Pilihan snek yang digalakkan
- Susu
- Biskut dan roti kurang manis
- Bijirin
- Roti dan muffin dari bijian penuh
- Pai ayam, cendawan dan sayur-sayuran yang intinya dikukus dan dibuat sendiri di rumah.
- Buah-buahan
- Sandwic
- Yogurt
- Tau foo fah dengan gula perang
Pilihan snek untuk dielakkan atau dikawal
- Snek seperti keropok, kerepek kentang, kacang tanah, gula-gula, makanan ringan dan kerepek rangup
- Gula-gula dan coklat
- Biskut krim, kek dan pastri
- Minuman berkarbonat