Kukus

Rasa dan nutrien-nutrien yang terdapat di dalam makanan dapat dikekalkan dengan cara mengukus. Ikan, ayam atau daging dipotong kecil atau memasak ayam bersama nasi dapat menjimatkan masa sekaligus menyiapkan dua hidangan.

Sup

Kanak-kanak amat menggemari makanan yang berkuah, apatah lagi sup. Rebus ayam untuk dijadikan sup dan tambah sedikit sayur-sayuran, nasi ataupun mi. Ataupun anda boleh menyediakan hidangan yang berkuah dan tambahkan ayam ke dalam hidangan anak anda. Alternatif yang lain, anda boleh menyediakan bubur ayam untuk anak anda.

Merebus

Merebus boleh dibuat dalam slow cooker ataupun boleh saja dilakukan di atas dapur biasa. Merebus merupakan langkah yang terbaik untuk memperkenalkan sayur-sayuran seperti lobak dan tomato yang boleh menambahkan kebaikan pemakanan dan warna dalam makanan si Manja anda.

Menumis

Ini merupakan cara yang cepat untuk mengekalkan nilai pemakanan dalam makanan anda. Dengan cara ini, ianya amat mudah hanya dengan mencampurkan sayur-sayuran dalam hidangan anda.

References: NMM 2009 Easy Nutrition Planner (MOH)