Nasihat terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak anda termasuk mengalakkan dia untuk:

• Makan pelbagai jenis makanan

• Melakukan pelbagai aktiviti fizikal setiap hari

• Memilih diet yang lebih mengandungi bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan

• Memilih diet yang rendah lemak tepu

• Memilih diet yang mengandungi kandungan gula dan garam yang sederhana

• Memilih diet yang membekalkan kalsium dan zat besi yang secukupnya untuk tumbesaran tubuh badannya

Galakkan makan makanan yang sihat 

 

- Libatkan anak anda ketika anda merancang untuk menyediakan makanan untuk keluarga anda, ataupun ketika membeli barangan dapur dan ketika menyediakan sajian di dapur. Dengan melibatkan mereka akan membuatkan mereka berminat untuk mencuba makanan yang mereka telah tolong sediakan.

Resepi yang mudah dan ringkas dan tidak memerlukan untuk dimasak seperti membuat aiskrim yogurt atau salad buah adalah cara yang terbaik untuk menanamkan minat anak anda untuk masak dan makan secara sihat.

- Ajar anak anda sumber makanan mereka. Selain dari membeli di pasaraya, cuba anda buatkan kebun kecil untuk anak anda dan ajak mereka bersama-sama untuk menanan sayur-sayuran yang mudah hidup, seperti timun dan tomato. Ini akan membuatkan mereka teruja untuk merasai hasil tuaian mereka.

- Jika anda cuma menyediakan snek yang sihat di dapur anda, sudah pasti anak anda akan hanya makan apa yang anda sediakan, iaitu snek yang sihat. Untuk menggalakkan mereka lagi, letakkan makanan ini di tempat-tempat yang mudah mereka capai, supaya mereka tidak memerlukan bantuan anda setiap kali mereka ingin makan. Kanak-kanak mahu mempunyai pilihan. Jadi, bekalkan mereka dengan pelbagai jenis snek untuk pilihan mereka ketika waktu rehat di sekolah.

- Kanak-kanak memerlukan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari, ini termasuklah minuman jus buah-buahan. Oleh itu, anda boleh berikan smoothie atau minuman buah campuran untuk memperkenalkan buah-buahan yang baru.

- Sebelum kanak-kanak mahu mencuba sesuatu makanan yang baru, dia memerlukan pujukan dan pendedahan berkali-kali. Namun, jangan mudah putus asa seandainya anak anda tetap menolak makanan yang baru anda kenalkan walaupun anda telah mencuba selama 5 hari berturut-turut.

- Gunakan waktu makan dan waktu snek untuk mengajar anak anda membuat pilihan yang sihat.